Sunday, January 29

PROSES MENYISIHKAN KUMPULAN PRO ULAMA DALAM PAS

 KUMPULAN PRO HAJI HADI DENGAN AHLI-AHLI PENTING UMNO

1. DESAKAN DEMI DESAKAN  parti PKR ke atas PAS supaya memecata dato' Dr Hassan Ali, akhirnya dituruti dengan begitu mudah. Kata Dr Hassan Ali, tanpa surat pertuduhan, tanpa dipanggil membela diri, tanpa diberi tunjuk sebar, dalam tempoh singkat beliau dipecat.

2. Kali ini dalam Kolej Ugama Islam Negeri (KUIN) di Kedah, ketegasan Menteri Besar Kedah menggunakan AUKU telah ditekan dengan begitu gelojoh oleh rakan-rakan PAS di dalam PR, khususnya DAP dan PKR. Kitab utama PR yakni Buku Jingga telah digunakan oleh Profesor Aziz Bari yang disingkir, untuk memulahalalkan pemecatan Menteri Besar Kelantan pula.

3. Penulis pernah menghadiri Majlis Pertemuan bekas-bekas murid tua Maahad Mahmud di Alor Setar tidak lama dahulu dihadiri MB Kedah, Dato Jamil Khir Johari,Tan Sri Khalid Mohamad, Dato Dr Mashitah, mantan KP JAKIM, dan lain-lain murid tua sekolah tersebut yang berjaya menjadi orang yang terkenal di peringkat negeri dan negara.

4. Ustaz Azizan dengan selamba membalas kata-kata Profesor Aziz Bari, katanya " Buku Jingga Bukan Al-Quran"!!! Jika PR mendesak PAS memecatnya pun tidak mengapa.  Seterusnya di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/01/azizan-sudah-bagi-hint.html

5. Penulis percaya, seperti yange penulis jangkakan selama ini, penulis amat yakin niat pengunduran diri TGHA akan sampai ke kemuncaknya. Apa yang barangkali akan mengejutkan ialah selepas memecat Ustaz Kazim Elias, Dr. Hassan Ali, barangkali tidak lama lagi YB Nasharudin dan kemungkinan besar Menteri Besar Kedah (mengikut darjah kekuatan desakan orang-orang Anwar dan DAP di dalam PAS), penulis percaya TGHA tidak daloam kedudukan yang selamat. Kemungkinan Peristiwa Datuk Asri Muda dipecat akan berulang lagi. 

6. Di mana-mana anda pergi sekarang, jentera PAS yang baru beberapa minggu digerakkan menjadi kacau bilau, mereka menjadi kacau tidak tentu arah, kekacauan dim peringkat pusat telah dihidu oleh ahli-ahli di peringkat bawah. Penyokong atas pagar sudah mula menjauhkan diri, malah sudah berani mengkritik parti mereka. Di Selangor, mereka sangat-sangat malu digelar Parti Adat & Sukan. Sepatrutnya parti Islam portfolio Islam lah yang mereka patut jaga. 

7. Teman-teman PAS penulis setiap hari melepaskan kekecewaan mereka malah kemarahan mereka. Mereka mahu PAS kembali seperti dahulu, mereka mahu PAS seperti zaman Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa dan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor. Biarlah tidak memerintah asalkan konsisten dan tidak tunduk kepada desakan DAP dan PKR.

8. Mungkin TGHA sudah sedar sekarang, kerana mana mungkin di saat-saat penting TGHA mengeluarkan statement mengundur diri. Plotnya sama dengan plot Dr Hassan Ali. Sehari sebelum 901, Dr Hassan Ali dipecat.

9. Seterusnya apakah giliran Menteri Besar Kedah? atau YB Nasharudin pula tetiba mengeluarkan statement yang mengejutkan. Bagi penulis PAS menjadi sebegini terok sekarang bukan disebabkan oleh UMNO, tetapi disebabkan oleh kumpulan-kumpulan ambitious dalam PAS yang budayanya di bawah oleh team-team berdana besar sebagaimana yang disebutkan sebagai team erdogans, anwarisma, Pas Pro-DAP dan sebagainya. Waallahualam, ini hanyalah firasat penulis, barangkali semuanya salah belaka. 


Saturday, January 28

BERITA BIASA : 1000 MAKNA POLTIK

 KRNOLOGIS STORY : FROM DR HASSAN ALI TO YB NASHARUDIN TO TGHA

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti. Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti. Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya. Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan. Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini. “Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya. Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13. “Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya.

Baca lanjut di http://www.sinarharian.com.my/nasional/sudah-lama-jadi-yb-hadi-tawar-tak-tanding-1.20572

Sunday, January 22

YB NASHARUDIN GERAKKAN SEMULA UNITED GOVERNMENT


YB NASHARUDIN SEMAKIN TERKEDEPAN

1. ANALISIS Penulis beberapa kali tepat pada sasaran. Sebelum penulis mengupas isu-isu besar yang akan membawa Dr Hassan Ali dikeluarkan atau keluar PAS, penulis juga dahulunya telah mengikuti perjalanan politik Yb-Yb PKR dan DAP yang telah meninggalkan parti mereka. Kini penulis ingin memberi perhatian kepada YB Nasharudin, mantan Timbalan Presiden PAS. Penulis pernah bertemu dengan beliau di Parlimen, walaupun beliau tidak mengenali penulis secara rapat.

2. Pada bacaan penulis, YB Nasharudin adalah penggerak utama Kerajaan Perpaduan yang sudah pasti datangnya arahan itu dari pucuk pimpinan beliau ketika itu. Pertemuan-pertemuan yang di atur dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, bukanlah pertemuan minum kopi biasa. Pertemuan Presiden PAS dengan Presiden UMNO secara tertutup sudah tentu dengan agenda yang lebih besar. Penulis yakin, kedua-dua Presiden UMNO dan PAS, sama-sama melihat kepada kepentingan umat Islam di negara kita, khususnya nafsu besar DAP dan PKR yang amat membahayakan kepada masa depan umat Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.

3. Jika tidak, amat mustahil Dato Dr Hassan Ali dengan begitu berani bercakap isu Bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu walhal itu bukan keutamaan PAS. YB NAsharudin menyokong kuat pendirian Dato Dr Hassan Ali. Kedua-duanya adalah pengikut Presiden PAS yang taat. Anda mesti berfikir begini, selepas pertemuan demi pertemuan diadakan di peringkat pusat dan negeri, di antara Presiden PAS dengan Presiden UMNO, sudah tentu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS akan menjadi kenyataan, jika tidak kerana bangkangan Mursyidul Am.

4. Hari ini, baik Dato Dr Hassan Ali mahu pun YB Nasharudin, kedua-duanya sudah berani menyanggah Mursyidul Am. Kata Dato Dr Hassan Ali, jika siapa yang menyuruhnya tutup mulut orang yang bercakap itu juga mesti tutup mulut. YB Nasharudin pula berkata, dia akur dengan jalan dakwah yang ditempuhinya sekarang. Shanon Ahmad, Sasterawan Negara yang menulis SHIT juga sudah mula bercakap bertentangan dengan Mursyidul Am.

5. Penulis amat bimbang, bahawa, seandainya Presiden PAS membuka mulut, seandainya Cikgu Mustapha ALi juga membuka mulut, mereka semua yang terlibat di dalam gerakan United Government ini akan mendedahkan banyak perkara yang akan mengejutkan ahli-ahli PAS! Namun, mereka berdua masih menutup mulut.

6. Hari ini, YB Nasharudin semakin berani, beliau meminta supaya diadakan lebih banyak perbincangan dan pertemuan di antara UMNO dengan PAS. YB Nasharudin kelihatannya sangat optimis. Naib Presiden UMNO, Dato AHmad Zahid Hamidi turut menyambut pelawaan YB Nasharudin supaya ianya difikirkan secara positif dan dijayakan. Pertemuan YB Nasharudin dengan salah seorang lagi Naib Presiden UMNO, Dato Hishamuddin Tun Hussein minggu lalu sudah tentu mengundang lebih banyak cerita menarik. Kita tunggu.

7. Isu kedua, apakah YB Nasharudin sekarang bertindak dengan izin Presiden PAS? Apakah YB Nasharudin sekarang lebih selesa menggerakkan United Government di luar PAS (sebagai bukan Timbalan Presiden PAS)? Mengapakah YB Nasharudin menyokong kuat Dato Dr Hassan ALi walaupun beliau tahu Mursyidul Am sudah marah sangat dengan Dato Dr Hassan Ali? Apabila ditanya isu tidak takutkah beliau akan dipecat, YB Nasharudin dengan pasrah berkata beliau reda dengan jalan yang berliku ini.

8. Penulis melihat, gerakan United Goverment ini nampaknya semakin lancar pula sejak mereka tidak berada di barisan kepimpinan PAS. Apakah Sejarah akan berulang? Jika Tun Razak berjaya menyatukan PAS-UMNO, apakah DS NAjib akan mengulangi sejarah itu? Nampaknya gerakan itu semakin lancar. Sesungguhnya wamakaru wamakarallah...tiada siapa sangka Dato Dr Hassan Ali sudah insaf, tiada siapa sangka YB Nasharudin semakin berani...

Thursday, January 12

GRAND DESIGN UNITED GOVERMENT MASIH HIDUP = PRESIDEN PAS YANG MAHA BIJAKSANA

1. SATU perkara yang masih disembunyikan di antara Dr Hassan Ali dengan Cikgu Mustapha Ali ialah siapakah di antara mereka yang paling kerap berunding menubuhkan United Goverment tempoh hari. Jika di peringkat negeri Selangor, barangkali Dr Hassan Ali lah orang yang bertemu Dr. Mohd. Khir Toyo, yang sudah tentu perundingan itu mengarah kepada jawatan Menteri Besar yang akan dipegang oleh PAS. Namun ianya tidak menjadi akibat Kepantasan Anwar dan PKR memintas rundingan itu.

2. Siapakah individu-individu PAS dan UMNO yang dimaksudkan oleh Cikgu Mustapha Ali bila dia merujuk pertemuan Dr. Hassan Ali dengan beberapa orang di sebuah hotel!

3. Serangan itu dijawab oleh Dr Hassan Ali, dengan menyatakan siapakah sebenarnya yang kerap bertemu kepimpinan UMNO Pusat untuk membentuk United Goverment. Beberapa orang tengah yang mewakili PResiden PAS terselamat di dalam Pelan Rahsia Presiden ini seperti YB Nasharudin, YB Salehudin Ayub (mantan Ketua Pemuda PAS), dan anda mesti juga menyebut ulama Terengganu Ustaz Harun Taib.

4. Di dalam kemelut ini, Presiden PAS juga bijak menyelamatkan dirinya apabila mengambil sikap berdiam diri dan tidak membantah bangkangan Mursidul Am dan Datuk Husam Musa dan yang sealiran mereka itu. Sebab itu, penulis melihat yang menjadi mangsa di dalam hal ini ialah Dr. Hassan Ali, sedangkan mereka sekapal. Sebab itulah tidak menghairankan apabila Nasharudin berpihak kepada Dr Hassan Ali, dan tidaklah hairan kenapa Cikgu Mustapaha Ali juga terus menutup mulutnya apabila Dr Hassan Ali bertanya siapakah sebenarnya yang berjumpa kerap mengatur Pelan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

5. Sementelahan itu pula, tekanan-tekanan yang diberikan oleh PKR dan DAP tidak dapat tidak terpaksa dituruti, maka dipecatlah Dr Hassan Ali. Presiden PAS tidak ada jalan lain selain daripada mengikuti tekanan itu, ataupun nantinya akan ketahuan siapa sebenarnya design semua plan ini. Semua pergerakan ini adalah usaha yang amat sukar untuk menjadikan PAS sebagai Perdana Menteri di dalam Pakatan Rakyat, bukannya DS Anwar Ibrahim.

6. Kita mestilah ingat, Dr Hassan Ali adalah pengikut setia Presiden PAS, maka kata-kata Dr Hassan Ali dan kata-kata Nasaharudin bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri adalah datangnya dari Presiden PAS. Tak kanlah Presiden PAS yang menyuarakan Anwar tidak layak menjadi PM! Walaupun telah dipecat, namun mereka masih berharap Dr Hassan Ali akan kembali semula kepada PAs, sebab itulah tempoh rayuan diberikan kepadanya.

7. Misteri Dr Hassan Ali dipecat sehari sebelum 901 pun mempunyai mistik di sebaliknya. Tindakan itu adalah tindakan memberi tekanan kepada PR dan Anwar, terutamanya kepada DAP, bahawa PAS kini mempunyai sesuatu untuk membuat hal di dalam pakatan. Penulis melihat, PAS kini semakin matang di arena politik nasional.

8. Penulis percaya, baik Dr Hassan Ali mahupun Cikgu Mustapha Ali tidak akan memecahkan butir-butir Rahsia perjanjian United Goverment tempoh hari. Jika kedua-duanya bercakap, sudah pasti tawaran itu lebih baik berbanding apa yang mereka kecapi kini di dalam Pakatan Rakyat. Sudah pasti negeri Selangor yang kaya ini akan berMenteri Besar kan parti PAS. Dan sudah pasti beberapa Menteri Kanan Persekutuan juga berada di tangan PAS.

9. Dalam pada itu juga, baik Pak Lah atau pun Hj Hadi Awang, masing-masing menutup rapat mulut mereka daripada memecahkan rahsia Pelan Kerajaan Perpaduan yang diatur mereka. Selepas 4 tahun berlalu, Hj Hadi (bukan PAS) semakin bijak menilai pergerakan DAP dan PKR, sebab itulah tindakan-tindakan mereka kini semakin ke depan yang tidak dijangkau lagi oleh DAP dan PKR.

10. Dalam tempoh 12 bulan ini, penulis tidak terperanjat sekiranya sesuatu yang lebih besar. Sedikit-sedikit anda mungkin boleh percaya telahan penulis, kerana beberapa perkara yang penulis dedahkan benar-benar berlaku, antaranya kes YB Zulkifli dan lain-lain YB PKR dan DAP yang keluar, dan berbulan-bulan menulis mengenai Dr Hassan Ali turut juga keluar, kali ini penulis ingin berkata, anda berhati-hatilah dengan Pelan istimewa Presiden PAS. Anyway, mungkin penulis kebetulan sahaja...selamat membaca...

Monday, January 9

SELEPAS DR. HASSAN ALI, GILIRAN NASHARUDIN







MAKA gugurlah sudah Dato Dr. Hassan Ali dari rumah PAS gara-gara menolak DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Dr Hasan Ali bersama lebih 1000 penyokongnya di rumahnya mendakwa pemecatannya adalah disebabkan kerana mengkritik Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM kerana masalah akhlaknya yang kotor .

Dr Hassan Ali juga turut membidas Azmin Ali yang mendesak PAS memecat dirinya hanya disebabkan mengkritik  Anwar Ibrahim.

Pemecatan Dr. Hasan Ali tanpa beliau dipanggil untuk mempertahankan diri sendiri jelas menunjukkan parti PAS bukan parti islamik, sebaliknya tunduk kepada desakan PKR dan DAP terutamanya.

 
Bagaimana kini nasib Nasharuddin Mat Isa? Beliau juga tidak bersetuju Anwar sebagai PM!


Video Ust Nasha di sini, http://novandri.blogspot.com/2012/01/gempar-bukti-video-selepas-hasan-ali.html

Wednesday, January 4

MUSUH DI LUAR SELIMUT

1. BEBERAPA isu berlegar di alam maya akan wujudnya musuh dalam selimut. Ia bukan satu perkara yang baik jika ianya berpanjangan. Baik di dalam kerajaan PR yang menguasai beberapa buah negeri dan kerajaan BN yang menguasai peringkat pusat dan mejoriti negeri dalam Malaysia, kedua-duanya berdepan masalah kesetiaan dan ketidak setiaan.

2. Cuma, ketika ini, walaupun taraf kehidupan rakyat bolehlah dikatakan semakin meningkat atau bertambah baik, namun pertamabahan jumlah penduduk di negara Malaysia ketika zaman Tunku, zaman Tun Razak, di zaman Dr Mahathir yang bermula dengan 15Juta rasanya, sehingga zaman Pak Lah dan DS Najib hari ini sudah mencecah 30Juta penduduk agaknya. Pertambahan ini memberikan kesan kepada kekuatan kerajaan, kelemahan ekonomi, dan kebejatan sosial. Jalan mudah, mereka sering menyalahkan kerajaan, walhal sebenarnya tidak begitu, peraturan-peraturan yang ketat di dalam kerajaan bukanlah semudah makan kacang untuk melanggar peraturan itu, melainkan mereka yang sudah hilang ajaran di dalam diri mereka.

3. Idea Plato zaman dahulu, katanya Presiden sesebuah negara seeloknya dari seorang Falsafah. Kenapa?

4. Saya fikir, cara kita mengurus manusia di Malaysia ini perlu berubah. Tetapi, sesebuah negara tanpa memelihara Tradisi dan Sejarahnya akan rosak. Anda lihat bagaimana negara-negara timur tengah yang membiarkan tradisi dan sejarah negara mereka tidak dititikberatkan,semuanya hampir hancur dan ada yang sudah hancur. Bangun pun dengan tongkat Amerika, Barat, PBB, Nato dan pelobi-pelobi Yahudi yang sekarang ini meneruskan agenda Pusingan Ketiga, bukan Perang Dunia Ketiga. Pusingan Ketiga bermaksud anda harus menerima hakikat akan wujud sebuah kuasa baru yang lebih kuat daripada Amerika, Barat, Rusia, China, Jerman atau Jepun. Mereka adalah bangsa-bangsa yang tidak bernegara.

5.Di Malaysia, selepas gagal sepanjang 1998 hingga 2008, mereka mencuba lagi pada 9 Januari 2012. Jika mereka gagal melakukan Pusingan Ketiga ini, Malaysia akan aman dalam jangka masa yang lebih panjang lagi. Kecuali muncul seorang lagi kitul generasi ketiga yang entah bila zamannya akan muncul lagi. Di Sabah, mereka bercakap parti-parti baru yang akan muncul kkhabarnya SPF, Star Sabah dan sebagainya. Bagi saya tidak, orang Sabah memang suka berpartai politik, kerana mereka sudah kaya raya agaknya. Wawancara RPK hujung minggu lalu tidak dijawab oleh DS Anwar Ibrahim, beliau sibuk dengan program 901-nya. Siapakah lagi yang akan membantu beliau?

6. Saya tidak minta anda mentafsir, saya minta anda memahaminya. Terimakasih.

Thursday, December 22

SURAT, DATO' DR. HASSAN ALI

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Dato' yang dihormati,

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' atas keberanian Dato' mempertahankan prinsip perjuangan Dato' memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara kita. Walaupun Dato' diserang dengan tidak sepatutnya oleh rakan-rakan di dalam parti seperti Setiausaha Agong parti dan kepimpinan parti di negeri Selangor, ianya tidak mematahkan kekuatan minda dan jihad fisabillillah yang Dato' perjuangkan.

Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di negeri Selangor, sememangnya insiden di DUMC tempohari amat menggugat kemarahan kita apabila saudara seagama kita ditarbiyahkan dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian, yang nantinya akan membawa kepada isu yang lebih besar iaitu Pemurtadan. Saya percaya ada banyak lagi kes lain yang Dato' tidak sempat sebutkan seperti kes penjualan  Arak dan aktiviti Judi di kawasan penduduk majoriti masyarakat Islam. Keberanian Dato' menegur Exco Kanan DAP dalam Kerajaan DAP Selangor dalam kes ini telah membuka pekung dan masalah besar yang berlaku di dalam pasrti PAS selepas berkawan dengan DAP.

Apabila Dato' bercakap isu 3R (Religion, Royal & Race), Dato' telah dituduh sebagai bersuaranada UMNO. Apabila Dato' menentang dasar baru parti iaitu Negara Berkebajikan sebenarnya Dato' memang bukan berada di arena yang betul. Seperti kata Dato', pembuat Dasar di dalam parti PAS hari ini dikuasai oleh kira-kira 65% golongan profesional, dan tinggal lagi hanya kira-kira 35% golongan Ulama. Maka, sudah tentu istilah-istilah sekular seperti Negara Berkebajikan, PAS For All (kalau di Israel, mereka gunakan kod Israel For All), Islam Liberal, Islam Plural (seperti Ucapan DS Anwar di Eropah yang memberi maksud semua agama sama yakni mempunyai Tuhan yang satu), Kesamarataan dan sebagainya akan juga menjadi seperjuangan kepada parti PAS itu. Semua itu adalah sesuatu yang alergik kepada PAS khususnya di dalam era Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa malah asing juga kepada TG Haji Hadi Awang.

Pada saya, sama juga seperti kata Dato', tiada gunanya menjadi kerajaan (pemenang) sekiranya air mata berderai melihat umat Islam di Selangor tidak mampu dibela. Dato' hampir-hampir umpama patung bernyawa. Bukan sahaja isu di DUMC dan kes penjualan Arak itu Dato' tidak berjaya atasi, walaupun Dato' mempunyai kuasa exco atas hal-hal berkaitan agama Islam dan  adat-adat bangsa Melayu di Selangor. Dato' pasti tidak lupa masalah besar yang belum meletup di Sepang, bagaimana surat dan arahan Dato' di sana terpaksa dibakulsampahkan kerana kakitangan telah mendapat arahan baru dari dua orang Exco Kanan DAP. Rukun Tetangga di situ, ahli kareah di situ, kebanyakannya ahli PAS pun Dato' tak mampu hendak membela masa depan mereka dek kuatnya DAP menutup dan mengikat pergerakan Dato'. Berapa banyak surat mereka yang Dato' sendiri malah Menteri Besar pun tidak mampu tolong. Malahan Menteri Besar Selangor pun terpaksa tunduk kepada Exco-Exco kanan DAP dalam hal ehwal umat Islam. Kerana kerajaan DAP Selangor menggunakan konsep samarata, samakuasa, sama-sama di dalam banyak perkara.

Maka, tidak ada gunanya lagi Dato' berada di dalam satu jamaah yang Dato' tidak boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Saya telah menulis banyak tentang Dato', saya berharap Dato' mufaraqah dengan segera demi kebaikan umat Islam di Selangor, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara. Dato' Mahfuz sendiri meminta Dato' segera meninggalkan jamaah tanpa perlu menunggu masa dipecat. Dato' harus ingat suara itu adalah suara siapa?

Salam Hormat.
Assalamualaikum.